Viva Forever

Viva Forever

Wednesday, 28 October 2015

KENAPA PERLU KERJA PART TIME?

Assalammualaikum..


============================
KENAPA PERLU KERJA PART TIME?
============================

Memilih bekerja sambilan di rumah akan memudahkan kita untuk meluangkan masa bersama keluarga. Kerja yang dilakukan boleh kita lakukan bila-bila masa. Tidak seperti kita bekerja lebih masa. Masa kita bersama keluarga akan berkurangan.

Jika bekerja sambilan di rumah anda boleh mengatur masa anda. Dan boleh bekerja mengikut jadual sendiri. Tanpa perlu dimarahi oleh boss. Jika anda berniaga tiada siapa yang akan memarahi anda.
2. Backup pendapatan dan pekerjaan

Kerja sambilan di rumah dapat dijadikan sebagai backup pendapatan atau pekerjaan anda. Yang lebih kurang macam insuran jugalah fungsinya. Apabila berlaku sesuatu dengan kita. Sebagai contoh kita kemalangan di tempat kerja atau di mana-mana sahaja. Bila kemalangan dan menyebabkan lumpuh.

Ini akan menyebabkan kita dibuang kerja oleh majikan. Jadi dengan adanya kerja sambilan yang kita lakukan hanya dirumah. Tidak lagi perlu risau dengan pekerjaan tetap. Bak kata pepatah sediakan payung sebelum hujan. Dengan kerja sambilan boleh menambahkan simpanan anda. Mungkin juga akan menjadi pekerjaan tetap anda nanti.
3. Menambah pendapatan

Yang ni semua orang tahu. Kerja lebih pendapatan pun lebih. Jadi bagi anda yang mahu menambah pendapatan kerja sambilan di rumah adalah pilihan yang tepat. Kenaikkan harga barang memang sukar untuk di kawal.

Jadi jangan merungut banyak sangat. Fikir cara untuk mengatasi masalah. Dan salah satu caranya adalah kerja sambilan di rumah atau buat duit hanya dari rumah .
4. Mengisi masa lapang / masa menganggur

Bagi mereka yang banyak masa lapang atau masih menganggur kerja sambilan di rumah adalah alternatif yang baik. Isi masa lapang anda dengan melakukan pekerjaan yang boleh mendatangkan pendapatan.

Para penganggur yang belum mendapat kerja tetap seperti lepasan Universiti dan lepasan sekolah. Ini adalah peluang anda untuk menambahkan pendapatan dengan kerja sambilan di rumah.

Bila tiba masa anda temuduga untuk memohon pekerjaan tidaklah kosong sangat pengalaman tu. Sebab tanpa pengalaman adalah sangat sukar untuk anda mendapatkan pekerjaan. Ini kerana persaingan untuk mendapatkan pekerjaan yang sangat terhad.
5. Boleh di mulakan tanpa modal.

Ini yang menariknya apabila dapat kerja sampingan di rumah. Anda boleh mulakan dengan modal. Dengan berkembangan dunia internet. Antara perkara yang anda boleh lakukan untuk bekerja di rumah ialah berniaga atau memberikan perkhidmatan mengikut bakat anda.

Anda boleh mulakan dengan Affiliate dengan mempromosikan produk orang lain. Anda juga boleh mulakan dengan menjual barangan melalui program dropship.

Bekerja Dari Rumah Secara Sambilan
Kesimpulan.

Disebabkan kerperluan harian kita semakin meningkat. Ditambah pula dengan kenaikkan harga barang yang memang sukar untuk dikawal. Adalah menjadi satu kewajipan kita untuk bekerja sambilan. Sama ada secara online atau offline. Terpulang kepada anda mengikut keselesaan masing-masing.






Bagi aku bekerja dari rumah adalah lebih baik. Dengan syarat internet mesti ada. Jika tiada internet mungkin menjadi masalah. Internet adalah saluran dan platform utama adalah semangat kita sendiri.

No comments:

Post a Comment